Phnom Penh : 5 Perkara Wajib Buat

Sebelum ini saya ada bercerita 5 Tempat Wajib Dilawati kalau ke Phnom Penh.

Nah! Ini saya sertakan 5 Perkara Wajib Buat kalau ke Phnom Penh :-

1 : Mekong River Cruise


Kami mintak driver tuktuk kami bawa ke river cruise. Jadi dia yang tolong nego dengan pembawa cruise. Kami dapat harga USD15 kalau tak salah, harga untuk 1 bot tu. Yang naik cuma kami berempat, kemudian driver tuktuk dan driver bot.


Yang menarik naik cruise ni, kita boleh nampak pertembungan 4 sungai. Dan akan dibawa ke perkampungan nelayan muslim yang berkampung di tepi sungai, rumah mereka dari sampan.

Trip makan masa 30-45 minit jugak sebab jauh jugak dia pusing. Kira berbaloi la dengan apa yang kita bayar. Waktu kami pergi tu boleh pulak hujan half way huhu.


Cruise kami


Perkampungan nelayan muslim

Hujan pulak waktu kami tengah fefeeling titanic.



2 : Makan Angin di Sisowath Quay



Makan angin ni maksud dia berjalan-jalan di tepi sungai. Agak menarik sebab boleh nampak penduduk setempat layan waktu petang macamana.


Ada yang ber aerobik (yang ni macam kena bayar USD1 untuk join kot), Ada peniaga-peniaga jual sotong kering bakar. Kanak-kanak main. Hati-hati sebab sini bersepah orang gila. Kalau peratikan jugak, ramai yang merempat. Maksudnya mereka sekeluarga ni tinggal di kawasan situ jugak. Hmm kesian tengok.. kesian dengan budak-budak la kan. takde proper tempat tinggal, ada yang takde baju memang bogel.

Kalau rajin, boleh jalan terus sampai ke Royal Palace. 10 min ada kot waktu berjalan.

makan tengahari mungkin

Sungai Sisowath

meniaga apalah agaknya ni

budak-budak bermain. ini mungkin anak kepada peniaga-peniaga di sini

bangunan yang menghadap Sungai Sisowath.


3 : Architectural Tour dengan Khmer Architecture Tours



Ini inisitif saya sendiri nak join tour ni. Kami stay 5 hari di Phnom Penh, jadi sebenarnya agak mati kutu nak buat apa lama-lama. Google punya google, ada nampak architectural tour ni.Kalau ikutkan, orang tak minat architectural dah kenapa nak join tour ni, betul tak. Tapi saya gatal nak join jugak sebab konon-konon dapatlah belajar sejarah bangunan-bangunan di sana.


Waktu tour dalam 2-3 jam dan kena berjalan kaki sepanjang tour. Jadi siapa yang berminat nak join, pakailah baju yang sesuai, kasut yang sesuai. Topi/ shades jangan lupa. Kudap-kudapan dan air pun penting.

Yang menariknya tour ni, kita memang dapat belajar sejarah Phnom Penh, tentang bagaimana bangunan dibina dengan gahnya tapi dek kerana Khmer Rouge, banyak yang dah dirosakkan. Di penghujung tour, kami dibawa ke White Building (dahulunya dikenali Municipal Apartments) yang kalau tempat kita dipanggil pangsapuri PPRT la kot. Memang daif tempatnya. Tapi kami ada intai-intai jugak dalam rumah orang dan ada yang cantik decor dalam rumah.

Yang tak menarik tour ni ialah PENAT hahaha.

Kalau minat, boleh bukak web ni www.ka-tours.org kemudian lepas pilih hari apa yang korang nak join tour tu, boleh emel kat mereka : contact@ka-tours.org

Dengan tour guide kami

Bagus penerangan dia. Recommended tour.

Di hadapan White Building.

Rooftop White Building

Pengakhiran tour kami di pejabat KA Tours.

Bangunan White Building satu masa dulu. (erm macam takde beza dengan sekarang)

Sampah di sekeliling White Building!

4 : Silk Island


Silk Island tour merupakan plan ad-hoc. Last minit kami rancang ke sini. Kalau ikutkan, Silk Island tour memang tak termasuk dalam plan. Tapi disebabkan ada hari yang hujan terlampau lebat dan sepanjang hari, kami terpaksa skip dan ubah plan kami.

Kami ke Silk Island dengan tuktuk kami. Yang menariknya untuk ke Silk Island ni, kami kena naik feri!

Waktu kami tiba di Silk Island, ada beberapa gadis yang tegur kami dan ajak melawat rumah mereka. Mula-mula saya cuak jugak, dah kenapa nak ke rumah dia. Tapi driver tuktuk kami kata, kalau ke rumah mereka ni tak perlu bayar. Jadi kami pun setuju. Di rumah gadis-gadis ni, kami sempat belajar cara menenun songket dan kemudian macam biasalah, kena la membeli. Sutera songket mereka ni memang lawa sangat.

Seterusnya kami ke tempat pembuatan kain sutera. Masuk ni kena bayar, saya tak ingat, mungkin 1 USD. Di sini memang ditunjuk dan diterangkan pembuatan sutera dari awal. Memang masuk kelas sungguh sebab kami ditunjukkan sekali jenis-jenis ulat bulu (yang masih hidup) yang mana sesuai dan tidak sesuai diekstrak benangnya. Ini memang berbaloi sebab jarang-jarang kita dapat tengok proses pembuatan sutera dengan terperinci di sini.

naik feri untuk ke Silk Island. dengan tuktuk sekali naik.

di hadapan rumah pembuat kain sutera

menenun kain sutera. saya ada mencuba tapi gagal pfftt

Ini kepompong yang asli ye bukan semata-mata untuk pameran

jenis-jenis ulat bulu yang akan diekstrak menjadi sutera




5 : Shopping!


Ada 3 tempat shopping yang kami pergi. Russian Market, Central Market dan Night Market.

Russian Market ni basically tempat shopping untuk baju bundle dan untuk beli berkodi. Tapi nak beli runcit pun boleh. Market ni memang tersangat besar, make sure korang ingat jalan masuk kalau korang ada janji dengan tuktuk. Tapi kalau takde janji dengan tuktuk, pandai-pandailah cari jalan keluar hehe. Kat sini memang popular dengan kain songket, kain sutera, batu permata. Ada orang kata better membeli di sini daripada Central Market tapi pada pendapat saya sama je beli di mana-mana, habis jugak duit tu kuangkuangkuang (ok hambar).

perjalanan tuktuk kami ke Russian Market dalam hujan lebat.

Kedai makan di dalam Russian Market.

Di dalam Russian Market

Kami repeat Russian Market hari terakhir di Phnom Penh
sebab tak puas beli kain songket lols

Central Market tempat shopping jugak. Macam Ben Tanh di Ho Chi Minh City. Yang menarik di sini ialah bangunan ni ada 4 wing. Setiap wing ni ada bermacam-macam jenis servis yang disediakan. Ada 1 wing tempat menjahit. Ada 1 wing tempat salon. Menarik kan. Kat sini pun memang berhabis duit jugak shopping kain songket, batu permata dan beg.

ini di tengah-tengah. Jam tengah-tengah itu main centre kepada 4 wings.

salon dalam market

di depan Central Market


Night Market adalah pasar malam standard di Malaysia. Yang menariknya ialah ada gerai makan halal kat sini. Cara makan pula ialah kita kena duduk bersila di tikar yang disediakan. Kalau nak merasa makanan tempatan (street food) bolehlah ke sini.






Balut!


TIPS BONUS!

1 -- elakkan berurut atau massage! Memang tak best, mahal (sebab bayar in USD) lepastu tak terasa langsung urutannya.

2 -- naik tuktuk tu biasanya rate USD2 atau kalau jauh sikit USD3-4. Kalau bagi USD5, memang tersengih lebarlah mereka. Biasanya saya akan hulurkan USD2 dulu. Kalau mereka kata tak cukup, barulah saya tambah.

3 -- ini driver tuktuk yang saya gunakan [Zahari : +855 107 88 460 / Facebook : @Neakluk Kdamprai]. orangnya baik, boleh dipercayai, boleh cakap Melayu dan yang penting Muslim. Kenapa penting? Sebab dia boleh tunjukkan kedai makanan muslim dan bawa ke masjid.

Kami dengan tuktuk yang disewa untuk sehari

4 -- minumlah air kelapa puas-puas di sini. Beli yang dalam kelapa, bukan yang dah dipindahkan dalam cawan sebab yang cawan ni dah taruk gula. Lepas habis minum air dalam kelapa, boleh mintak peniaga tu pecahkan kelapa dan korekkan isi kelapa. Perghh terkenang kejap.

Isi kelapa yang dah dikupaskan lepas habis minum air kelapa.


Itu saja tips dari saya.

Have fun di Phnom Penh! :)

Comments

Popular Posts